Jom Buat Duit

Thursday, 10 May 2012

Aktivis hak gay mati dibunuh


TEGUCIGALPA (Honduras): Seorang wartawan yang juga aktivis hak asasi komuniti gay ditemui mati di sebatang jalan, kata jurucakap kumpulannya, semalam.
Menurut jurucakap itu, mayat Erick Alex Martinez Avila, 32, ditemui kira-kira lima kilometer di luar ibu negara Honduras, Tegucigalpa.

Menganggotai kumpulan aktivis gay, Necios, Martinez sepatutnya bertanding mewakili Parti Libre dalam pilihan raya Honduras yang akan diadakan November ini. Sementara itu, polis berkata, Martinez dipercayai mati dicekik dan mayatnya ditinggalkan di tepi jalan pada Isnin. Kematian Martinez menjadikan jumlah wartawan penyokong bekas presiden negara itu, Manuel Zelaya, yang dibunuh kepada 19 orang sejak kira-kira tiga tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters