Jom Buat Duit

Tuesday 8 May 2012

Budak 14 tahun guna go-kart pecah masuk 100 rumah


NASHVILLE: Polis di bandar raya ini menarik nafas lega semalam selepas mengumumkan mereka akhirnya berjaya menangkap perompak bersiri, seorang budak berusia 14 tahun.
Menurut pihak berkuasa, suspek, yang namanya tidak boleh disiarkan kerana masih bawah umur, memecah masuk antara 50 hingga 100 rumah di utara Nashville sepanjang dua tahun lalu.

Dia menjadi terkenal kerana melarikan diri dengan go-kart. Menurut stesen televisyen WKRN, perompak belasan tahun itu ditangkap semalam selepas seorang jiran melihatnya berkeliaran di lorong belakang sebuah kawasan kediaman. Polis menemui pisau dan sepasang sarung tangan selepas menahannya.
Polis berkata, budak itu biasanya akan mengintai rumah yang hendak dijadikan sasaran, menendang pintu belakang, menyerbu masuk dan mencuri peralatan permainan video, televisyen dan apa saja yang boleh diangkatnya.

“Dia individu yang inovatif,” kata Ketua Polis Nashville, Horace Temple kepada wartawan.

Bagaimanapun polis, bersimpati pada suspek yang mereka sifatkan sebagai anak yatim yang memerlukan pengawasan. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters