Jom Buat Duit

Wednesday, 7 March 2012

Enrique nafi kahwin Kournikova



ENRIQUE IGLESIAS 


PENYANYI Enrique Iglesias pernah memanggil kekasihnya, bekas pemain tenis Anna Kournikova dengan panggilan isteri. Oleh kerana itu, ramai yang beranggapan bahawa pasangan yang telah lama menjalin hubungan cinta itu sudah berkahwin.

Bagaimanapun sangkaan banyak pihak tentang status mereka akhirnya terjawab apabila Enrique menjelaskan bahawa dia dan Kournikova belum berkahwin.

Enrique dengan tegas memberitahu dia dan pasangannya itu belum berkahwin. Panggilan isteri yang pernah disebutnya sebelum ini dalam satu konsert di Rusia hanya panggilan manja buat Kournikova.

Penyanyi itu turut menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membuat peminat dan semua orang keliru terhadap kenyataannya.
"Sebenarnya saya cuba untuk menyampaikan rasa cinta saya terhadap Kournikova dengan panggilan seperti itu (isteri).

"Saya fikir menyebut isteri lebih mudah daripada membahasakan dia sebagai gadis ku. Tak ada maksud lain atau sengaja membuat semua orang keliru," ujarnya.

Apabila adakah dia akan berkahwin dengan Kournikova yang kini aktif sebagai seorang model itu, Enrique menjawab bahawa menikah atau tidak bukan hal yang perlu dirisaukan.
Katanya, perceraian ibu dan bapanya membuat dia tidak lagi menilai perkahwinan sebagai hal yang wajib diberi perhatian.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters