Jom Buat Duit

Wednesday 7 March 2012

3X Trouble himpun selebriti




DUA penyanyi terkenal serta seorang model dan pelakon kacak digabungkan dengan seorang deejay dalam sebuah filem genre komedi gelap. Kesemua selebriti itu merupakan tarikan utama yang ditawarkan filem 3X Trouble, produksi Cina tempatan.

Selepas kemunculannya sebagai seorang pengawal keselamatan dalam filem pecah panggung Tahun Baru Cina baru-baru ini, Ah Beng The Movie: Three Wishes, deejay popular stesen radio myFM, Jack Lim kini kembali menerusi filem terbaharunya, 3X Trouble.
Filem produksi tempatan edaran RAM Entertainment Sdn. Bhd. itu menampilkan Jack untuk watak seorang peniaga cakera padat cetak rompak.

Menurut pegawai perhubungan awam RAM Entertainment, Azizee Ismail, menerusi filem itu, Jack bergabung bersama penyanyi Malaysia, Rynn Lim dan pelakon yang juga model terkenal Singapura, Dai Yang Tian.

"Mereka melakonkan karakter utama filem ini iaitu sebagai tiga orang sahabat karib.
"Mereka merancang untuk mencuri sebuah kereta namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila secara kebetulan terlibat dengan satu kes pembunuhan dan seterusnya menjadi buruan pembunuh sebenar," ujarnya.
Tambah Azizee, apa yang menarik selain Rynn Lim yang membawakan watak peniaga seluar dalam di pasar malam, tenaga lakonan filem ini diperkuatkan lagi dengan kemunculan penyanyi Andrew Tan sebagai seorang pembunuh kejam.

Selain itu, filem ini bakal turut ditayangkan di Taiwan dan Singapura.
Ujarnya lagi: "Filem 3X Trouble akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 15 Mac ini serentak tayangan di Taiwan, manakala tayangan di Singapura pula akan bermula pada awal bulan April."

Kata Azizee, 3X Trouble menonjolkan banyak pembaharuan untuk sajian penonton.
"Ia juga merupakan kemunculan pertama penyanyi Rynn Lim dan Andrew Tan berlakon di layar lebar. Rynn juga telah menggubah sebuah lagu khusus untuk filem ini yang berjudul Wrong Steps.
"Sementara, lagu tema utama filem ini yang sama dengan judul filem ini iaitu 3X Trouble merupakan kolaborasi sulung antara Jack Lim dan Dai Yang Tian yang dinyanyikan dalam rentak rap," jelasnya.
Dalam pada itu kata Azizee lagi, buat peminat yang berhasrat mendapatkan runut bunyi filem 3X Trouble, boleh mendapatkannya dalam bentuk cakera padat edisi terhad menerusi pelbagai aktiviti-aktiviti promosi yang diadakan, peraduan di media-media, myFM cruiser dan promosi-promosi tertentu yang dijalankan oleh pawagam.
Sementara itu siri jelajah promosi 3X Trouble di seluruh Malaysia akan berlangsung dari 8 hingga 10 Mac ini.

Anda boleh layari laman Facebook filem 3X Trouble (www.Facebook.com/3xtrouble), laman sesawang RAM Entertainment (www.ram-ent.com.my), Facebook RAM Entertainment (RAM Movies) untuk mendapatkan maklumat terkini tentang filem ini, untuk mendengar dan menonton video muzik bagi dua buah lagu temanya atau terus mendengarkan myFM.
JAHAT. Penyanyi Andrew Tan menghidupkan karakter pembunuh yang kejam dalam filem 3X Trouble.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters