Jom Buat Duit

Sunday 20 May 2012

Tolong jangan kaitkan saya - Nora Danish


KUALA LUMPUR - Pelakon popular Nora Danish menyangkal khabar angin yang tersebar di internet mendakwa dia punca pergolakan rumah tangga aktor Adi Putra dan isterinya, Aida Yusoff.
Tegas Nora, dakwaan itu tidak masuk akal memandangkan antara dia dan Adi memang tiada hubungan istimewa.

"Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi.
"Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya," jelas Nora ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aida di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu iaitu dua hari selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.
Adi dan Nora sama-sama menunaikan umrah kerana kedua-duanya merupakan duta kepada sebuah syarikat yang menawarkan pakej umrah.

Nora turut menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan Adi itu kerana aktor kacak tersebut dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi masalah rumah tangga semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters