REUTERSAKSI Garrett McNamara (dalam bulatan) meluncur
ombak setinggi 24 meter di pantai Praia do Norte, Portugal pada 1
November 2011.
HONOLULU, Amerika Syarikat (AS) – Seorang peluncur ombak dari
Haleiwa, Hawaii, Garrett McNamara meluncur ombak tertinggi di dunia.
McNamara ‘menakluki’ ombak setinggi 24 meter itu di Praia do Norte, Portugal pada 1 November tahun lalu.
Menurut seorang jurucakap rekod dunia Guinness World Records, satu
panel bebas mendapati imej dan rakaman video McNamara meluncur ombak
tersebut adalah tulen.
– Reuter
No comments:
Post a Comment