WALLENDA berjalan di atas kabel pada ketinggian 30 meter di Baltimore kelmarin.
BALTIMORE, Amerika Syarikat - Seorang pelagak ngeri, Nik Wallenda
berjalan di atas kabel sepanjang 91 meter dan setinggi 30 meter
merentasi sebuah pelabuhan di sini ini kelmarin.
Dia tidak memakai peralatan keselamatan semasa berjalan di atas kabel itu.
Orang ramai terkejut melihat Wallenda hampir terjatuh sebelum dia menamatkan aksi itu.
Pelagak ngeri itu mengulangi kejayaan moyangnya, Karl Wallenda yang melintasi pelabuhan berkenaan pada tahun 1973. - Agensi
No comments:
Post a Comment