Jom Buat Duit

Friday, 11 May 2012

Cincin Tersekat Di Kemaluan Lelaki


SEORANG lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan di hospital apabila cincin miliknya tersekat di penis.

Lelaki cina itu dirujuk ke hospital dalam keadaan dua cincin emas miliknya tersangkut pada zakar.


Keadaan itu berpunca daripada kebimbangan lelaki itu kerana takut dua cincin emas miliknya dicuri dalam perjalanan pulang dari sambutan Tahun Baru Cina.

Dia cuba menyembunyikan cincin di jarinya dengan menyarungkannya pada zakar kerana merasa ia adalah tempat simpanan paling selamat.

Ketika dia sampai di Changde wilayah di Hunan, dia cuba untuk membuka cincin itu dari zakarnya tetapi gagal.

Dia kemudian meminta bantuan daripada orang ramai, yang kemudiannya memanggil bomba.

Anggota bomba kemudian merujuk lelaki itu ke hospital di mana doktor berjaya mengeluarkan cincin itu dari zakarnya dengan memotong cincin itu menggunakan plier sejam kemudian.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters