Jom Buat Duit

Monday 21 May 2012

Ahli Parlimen ditahan kerana ambil syabu

Alat hisap syabu

MEDAN: Ahli Parlimen dari Majlis Labuhan Batu di Utara Sumatera, ditahan kerana mengambil kristal methamphetamine atau syabu di asrama di Jalan HM Jhoni di Medan.
Ahli Politik itu dari Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura), Hidayat Hasibuan, ditahan bersama rakannya, seorang ahli perniagaan, Hermayadi Basuki Siagian.

Ketua Divisyen Antinarkotik Sumatera Utara, Ketua Polis Kanan Andjar Dewanto berkata, polis menerima maklumat dari orang ramai mengenai asrama Labuhan Batu yang dijadikan markas penagih dadah.

“Kami mula memantau dan menyiasat,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters