JIKA wanita lain memilih berniaga produk kecantikan tetapi Sharifah Shahora Syed Akil, 38, berani membuka kedai pakaian dalam wanita bergelar Fiedra Shahora Shop di Axis Atrium, Taman Cempaka, Ampang.
Shahora yang memang suka berniaga, bermula dengan menjual ‘pelapik punggung’.
Shahora pada awalnya dia sendiri pernah mengguna sendiri pelapik itu dan apabila ramai bertanya, lalu dia menjualnya pula pada rakan artis lain.
“Saya buka kedai di sini secara kebetulan. Kawan minta saya jadi pengacara pada majlis pelancaran kedainya. Apabila melihat kedudukan Atrium ini strategik, saya pun terfikir untuk turut berniaga di sini.
“Selepas diberitahu ada kekosongan dengan kadar sewa berpatutan, saya pun berbincang dengan suami (Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin) dan dia bersetuju. Tapi takkan saya nak menjual ‘pelapik punggung’ saja.
“Saya jual pada harga yang sangat berpatutan. Walaupun saya jual pada harga rendah tetapi kualiti tetap diutamakan,” katanya.
Sebelum ini Shahora memakai pakaian pelbagai jenama namun sejak ada kedai sendiri, dia sendiri mencuba pakaian yang dijual.
“Apabila saya menggunakannya sendiri, senanglah saya nak bercerita kualiti produk itu kepada pelanggan. Ramai rakan artis datang beli. Saya juga bercadang untuk meluaskan lagi perniagaan dengan menjual korset kerana ramai yang mencari.
“Ke mana pergi mereka bertanya rahsia saya berjaya mengekalkan berat badan. Wanita sekarang sangat mementingkan penampilan. Saya sedang mengumpul modal. Saya ada juga terfikir untuk menjual pakaian berjenama sendiri,” katanya.
Selepas melihat perniagaannya mahu, Shahora membuka satu lagu kedai yang terletak bersebelahan kedai pertamanya iaitu bagi menjual pakaian lelaki seperti seluar, kemeja-T dan kasut.
“Peniaga asal kedai itu berhenti berniaga lalu saya ambil alih. Alhamdulil�lah, sambutan juga bagus,” jelasnya.
Shahora bersyukur peluang berlakon tidak pernah susut. Dalam masa dua tahun ini tawaran sentiasa ada dan semua watak pernah dipegangnya termasuk menjadi polis, tentera, jururawat, ibu dan watak misteri.
“Kita kena sedar diri, dalam umur begini saya sudah layak pegang peranan kakak dan ibu. Saya gembira walaupun ramai pelakon baru, pengarah tidak pernah lupakan saya. Sekarang saya banyak berlakon drama arahan Michael Ang yang terbaru telefilem Patah Seribu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah,” katanya.
No comments:
Post a Comment