Jom Buat Duit

Tuesday 6 March 2012

Putin menangis depan penyokong


MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin mengalirkan air mata selepas dia menang besar dalam pilihan raya Presiden di sini kelmarin.
Kemenangan Putin tidak pernah diragui kerana masih ramai penduduk Rusia menganggap beliau sebagai penjamin kestabilan dan pelindung Rusia daripada krisis dunia.
"Saya berjanji bahawa kita akan menang dan kita sudah menang," kata Putin di hadapan ribuan penyokongnya di luar bangunan Kremlin di sini.
"Kita memenangi pilihan raya ini menerusi perjuangan secara terbuka dan jujur," tambah pemimpin berusia 59 tahun itu.

Beliau menangis di hadapan sejumlah besar penyokongnya di Dataran Manezhnaya di sini.
Putin mendakwa memenangi pilihan raya berkenaan malam kelmarin selepas kurang satu perempat jumlah undi telah dikira.
Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat menyatakan, Putin mendahului dengan kelebihan 63 peratus selepas kertas undi di 99 buah wilayah pengundian di seluruh negara siap dikira.
Calon Parti Komunis, Gennady Zyuganov menduduki tempat kedua diikuti Mikhail Prokhorov, bilionair Rusia yang memiliki pasukan bola keranjang Amerika Syarikat, New Jersey Nets di tempat ketiga. - AGENSI
VLADIMIR PUTIN menangis di depan sejumlah besar penyokongnya di Dataran Manezhnaya di Moscow kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters