Jom Buat Duit

Tuesday 6 March 2012

Momo kekasih baru Ariel?


JAKARTA: Kisah Ariel tentu tidak dapat dipisahkan daripada Luna Maya. Walaupun kini dikatakan penyanyi Peter Pan itu rapat dengan Momo Geisha kelihatannya hati Ariel bakal kembali kepada wanita berasal dari Bali itu.

Pada Januari 2005, seorang wanita bernama Sarah Amalia mengaku sedang hamil anak Ariel dan pasangan itu berkahwin pada 30 Januari tahun itu. Bagaimanapun, tidak lama selepas kelahiran anak perempuannya, Ariel memutuskan untuk bercerai dengan Sarah. Dia kembali menjalin hubungan bersama Luna. Bukan saja Sarah, walaupun berpacaran dengan Luna, tetapi Ariel masih dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk Aura Kasih dan Cut Tari.

Antara nama itu, Cut Tari mungkin wanita paling dekat dengan Ariel ekoran tersebarnya video lucah kedua-dua artis itu.
Walaupun Ariel ditahan angkara video lucah yang turut mengheret nama Luna, tetapi artis wanita itu kelihatannya tidak serik. Dia masih setia mendampingi Ariel biarpun tahu kekasihnya pernah menjalin hubungan dengan Cut Tari.

Ketika ini, Ariel dan Luna dikatakan telah berpisah. Luna juga tidak pernah lagi ke penjara untuk menziarahi penyanyi itu.

Di sebalik berita itu, nama vokalis Geisha, Momo dikatakan menjadi punca keretakan hubungan pasangan itu. Momo juga dikhabarkan menjalin hubungan cinta bersama Ariel.

“Ya, hubungan saya dengan Ariel memang rapat. Kebetulan ada projek bersama Ariel dan temannya,” kata Momo.

Biarpun Momo menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Ariel tetapi beberapa foto menjadi bukti menunjukkan kemesraan mereka. - DH

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters