Jom Buat Duit

Sunday, 11 March 2012

Erykah Badu putih mata



ERYKAH BADU

ERYKAH BADU tiba-tiba bikin panas, daripada hanya dikenali peminat tegar, dia tiba-tiba dikenali kakak-kakak serta abang-abang yang hanya minat lagu Melayu asli. Itu semua pasal tatu bertulis 'Allah' di kiri dan kanan dadanya.

Sebab tatu itu juga terus konsert si Badu itu kena haram sehari sebelum konsertnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dijadualkan 29 Februari lalu.
Punyalah sedih Erykah sebab dia sendiri dah ada kat KL masa diharamkan naik pentas, terpaksalah puak penganjur termasuklah Erykah sendiri buat sidang media tergempar untuk minta maaf.
Bila menteri sudah kata haram, maka haramlah.

Minta maaf itu sekadar tanda hormat, apa nak buat walaupun cuba dijelaskan bahawa tatu itu sebenarnya sekadar lukisan badan untuk satu siri promosi yang dilakukan tidak lama dulu.
Tapi wahai Cik Erykah yang katanya muslim Amerika itu, dalam banyak-banyak subjek benda ciptaan manusia ataupun tuhan kat dunia ini, kenapalah gatal bubuh tatu bertulis 'Allah' kat badan sendiri, lepas tu pula ada tersiar dalam surat khabar, kan dah kena haramkan buat konsert di negara Islam ini.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters