AKTRES sensasi Bipasha Basu yang meraih banyak pujian impak lakonan hebatnya dalam filem terbaharunya, Jodi Breakers mempunyai banyak benda untuk berbicara tentang isu cinta, seks dan perhubungan.
Dalam satu temu bual dengan media India baru-baru ini, Bipasha, 33, berbicara tentang kriteria pemilihan yang dilakukannya sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah filem.
Akui Bipasha: "Saya lebih gemar melakonkan babak intim di layar perak berbanding dengan berlakon babak cium. Lagipun, saya takut untuk bercium."
Apabila ditanya gosip tentang dirinya yang dikatakan sedang serius bercinta dengan seorang aktor yang lebih muda berbanding usianya, jawab Bipasha: "Ya, saya sedang bercinta dengan seorang aktor yang usianya tujuh tahun lebih muda daripada usia saya."
No comments:
Post a Comment