LOS ANGELES - Pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar, Robin
Williams meninggal dunia di rumahnya di sini disyaki membunuh diri
selepas dia bergelut dengan masalah kemurungan.
Williams, 63, yang turut terkenal di dunia dengan ungkapan 'Nanu, Nanu' dalam siri televisyen Mork & Mindy ditemui meninggal dunia di rumahnya di Tiburon, California.
Seorang jurucakap pelakon tersebut, Mara Buxbaum berkata, pelakon itu baru-baru ini mengalami kemurungan yang teruk.
Aktor itu juga berulang kali bercakap mengenai perjuangannya untuk menangani masalah arak.
Pejabat Syerif Mukim Marin menyatakan, pihaknya menerima panggilan
telefon pada waktu tengah hari kelmarin bagi memberitahu Williams tidak
sedarkan diri dan tidak bernafas di rumahnya.
Bahagian koroner pejabat itu kemudian mengesyaki Williams mati kerana
kekurangan oksigen akibat pernafasan yang terhalang dalam badan.
Pada pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik manakala dunia
kehilangan salah seorang artis paling disayangi serta manusia yang
menakjubkan. Saya sesungguhnya amat patah hati," kata isteri Williams,
Susan Schneider dalam satu kenyataan.
Di luar rumahnya, orang ramai meletakkan jambangan bunga dan bercakap
mengenai keperibadian lelaki tersebut yang pernah mengayuh basikal dan
memberikan senyuman ke arah kanak-kanak di jalanan.
Seorang penduduk, Sonja Conti berkata, pelakon tersebut kerap
bertanya mengenai anjing peliharaannya yang diberi nama jolokan Dude.
"Dia merupakan seorang lelaki yang normal," katanya.
Pelakon itu pernah berlakon dalam filem-filem blockbuster antara- nya Good Will Hunting, Good Morning Vietnam dan Mrs. Doubtfire.
Satu siasatan bagi mengetahui punca kematian lelaki yang pernah
mendapat jolokan sebagai paling kelakar di dunia itu masih berlangsung.
Beberapa minggu sebelum kematiannya, dia pernah dirawat di sebuah pusat pemulihan kerana masalah kemurungan.
Dia pernah menjalani pembedahan sakit jantung pada tahun 2009.
Williams mengalami masalah penagihan kokain pada akhir tahun 1970 atau pada awal tahun 1980.
Dia juga pernah berkahwin dengan Valerie Velardi sebelum mengahwini Marsha Garces.
Selepas bercerai dengan Marsha, dia kemudian mengahwini Schneider.
Pelakon filem Jumanji itu dikurniakan tiga orang anak, Zachary Pym, 31, Cody Alan, 22, dan Zelda Rae, 25.
Williams berkata kepada majalah Parade pada tahun 2013,
Williams pernah berkata, dia kembali minum arak pada tahun 2003 selepas
20 tahun meninggalkan minuman keras itu ketika mengikuti penggambaran The Big White.
Dia memenangi anugerah pelakon pembantu filem terbaik dalam filem Good Will Hunting.
Kenyataan terakhir di laman sosial Twitter adalah pada 31 Julai lalu.
Di laman itu, dia pernah mengucapkan selamat hari lahir yang ke-25 kepada anak perempuannya, Rae.
Rae kemudian membalas kenyataan itu dengan menyatakan: "Saya menyintai anda. Saya merindui anda."
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya, Michelle turut memberikan penghormatan terakhir kepada Williams.
"Williams merupakan seorang doktor, anggota tentera udara, jin, pembantu rumah, presiden, profesor dan Peter Pan," kata Obama
"Dia tiba dalam kehidupan kita sebagai seorang makhluk asing tetapi
kemudian menyentuh hati manusia," katanya yang merujuk watak Wiiliams
sebagai Mork dalam siri televisyen Mork & Mindy. - Agensi
No comments:
Post a Comment