Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia
dipercayai akibat serangan jantung selepas menunaikan solat Zuhur di
bilik kediamannya di Kampung Pokok Tai, Gurun, Kedah pada pukul 2 petang
semalam.
Menantunya, Saiful Nizam Saari, 38, yang mengesahkan perkara itu
berkata, ibu mertuanya, Habira Ibrahim, 60, yang meninjau ke dalam
bilik itu mendapati suaminya rebah dan tidak menyahut panggilannya
sebelum disahkan meninggal dunia.
Arwah meninggalkan seorang isteri, lima orang anak dan 12 orang cucu.
Maidin atau mesra dengan panggilan Mamu Maidin dilahirkan di Pokok
Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang mula bergiat dalam
bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar
1950-an.
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami
dan Nana Tanjung pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur.
Beliau juga pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. Kosmo
No comments:
Post a Comment