Jom Buat Duit

Sunday, 8 April 2012

Hina Allah, Rasulullah


RAWANG: Tindakan seorang pengguna Internet menghina Allah dan Rasulullah SAW, mencetuskan kemarahan sekumpulan pemuda Bandar Tasik Puteri (BTP), di sini.
Peniaga, Safrul Nidzam Shamsuddin, 39, berkata sebagai umat Islam, maruahnya tercabar dengan kenyataan pengguna Internet yang menggelarkan dirinya Daniel Heckenbucker begitu berani menghina Allah, agama Islam, junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dan orang Melayu.

“Menyirap darah saya sewaktu membaca apa ditulis ‘si bacul Daniel’ itu. Saya nak menyebut apa yang dihina terhadap Allah, Islam dan Rasulullah pun tidak tergamak mulut saya mengeluarkannya. Kata-kata menghinanya itu tidak boleh diterima kita yang berakal waras,” katanya.
Menurut Nidzam, dia mula menyedari kata-kata menghina Daniel sewaktu melayari laman sosial kumpulan (group) Negaraku Malaysia, kelmarin. Isu itu dibincangkan bersama rakannya, peniaga buah-buahan, Mohd Sufian Atas, 35, yang menganggap kenyataan Daniel sungguh biadap.

“Kami mengambil keputusan membuat laporan polis pada hari sama kerana isu ini serius. Saya tidak mewakili mana-mana parti politik, tetapi apa yang saya lakukan berdetik rasa tercabar maruah agama Islam dihina begitu. Kami berharap polis dapat menyiasat, siapa Daniel,” katanya.

Melalui laporan Nidzam, Daniel Heckenbucker menyifatkan tidak perlu mengkritik Islam kerana Islam itu sememangnya hina, tindakan Rasulullah SAW berkahwin empat isteri seperti melayan nafsu serta orang Melayu yang mengikuti sirah Rasulullah SAW dikatakan sebagai bodoh.

Sufian pula berkata apa dilakukan Daniel tidak boleh dibiarkan berleluasa demi mempertahankan akidah umat Islam. Gejala murtad yang menjadi kontroversi sekarang serta kata-kata menghina Islam di Internet sekarang disifatkan antara serangan terhadap umat Islam.

“Jika Daniel warga tempatan berani menghina agama Islam, bagaimana pula bangsa asing. Kita masyarakat majmuk di negara ini kena hormat setiap agama dan bangsa, bukan kata-kata menghina begitu yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di nusantara ini.

“Harus ingat Islam dan Melayu itu, bagai isi dan kuku. Melayu pula bukan setakat di Malaysia saja, di Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei pun ada Melayu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters