Jom Buat Duit

Wednesday, 18 April 2012

Greyson Chance digigit peminat



BARU berusia 14 tahun, Greyson Chance sudah menjadi terkenal kerana bakat seni yang dimilikinya. 


SETELAH kali pertama tampil membuat persembahan sewaktu acara Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) pada November 2011, penyanyi cilik yang cukup berbakat, Greyson Chance kembali semula menjejakkan kaki ke Malaysia.

Menariknya, kehadiran penyanyi berusia 14 tahun itu ke negara ini adalah bagi menjayakan Konsert Greyson Chance Live in Malaysia yang berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur semalam.
Ketika ditemui sewaktu temu bual secara eksklusif bersama pihak media sehari sebelum konsert tersebut berlangsung, penyanyi berkenaan meluahkan rasa terujanya untuk menghiburkan para peminat di negara ini.
“Sudah tentu kehadiran saya pada kali ini begitu istimewa kerana sekali lagi dapat bertemu peminat di sini.

Kehadiran saya ini adalah sebahagian daripada Konsert Siri jelajah Asia 2012 dan saya memang menantikan untuk membuat persembahan di Malaysia.
“Kalau pada acara AIM 18 dahulu saya cuma dapat beraksi dalam tempoh yang sekejap, tetapi menerusi konsert ini pastinya para peminat dapat menyaksikan persembahan saya dalam durasi yang panjang,” ujar penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu.

Mula aktif sebagai penyanyi pada tahun 2010, Greyson menarik perhatian ramai setelah dia memuat naik klip video lagu milik Lady Gaga berjudul Paparazzi, dalam versinya di YouTube. Video itu kemudian telah ditonton seramai 45 juta orang di seluruh dunia.

Selain berbakat besar dalam bidang seni suara, penyanyi berkenaan juga turut memiliki bakat bermain alat muzik piano serta mempunyai kebolehan menghasilkan lagu sendiri.
Menurut Greyson, meskipun dia masih lagi baharu dalam industri muzik, tetapi dia sudah berpeluang untuk membuat persembahan di banyak tempat dan sambutan yang diterima daripada peminat sangat menggalakkan.


Ujarnya, selain Malaysia dia juga pernah menghiburkan para peminat di beberapa buah negara Asia yang lain seperti Singapura, Filipina dan Jakarta pada tahun lalu.

“Paling tidak dapat saya lupakan apabila digigit seorang peminat semasa persembahan yang berlangsung di Manila, Filipina. Sudah tentu perasaan saya ketika itu sangat terkejut dan tidak tahu apa motif peminat tersebut bertindak sedemikian. Walaupun saya telah dikawal ketat oleh ramai pengawal keselamatan, tetapi tidak sangka pula ada peminat yang masih terlepas dan terus menggigit saya,” ujarnya.
Menurutnya, meskipun pernah melalui pengalaman yang cukup menakutkan, namun dia tetap menghargai para peminat yang terus menyokong kerjayanya dalam bidang seni dan menganggap apa yang berlaku itu sebuah realiti kehidupan sebagai seorang anak seni.

Nasi lemak
Setelah dua kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Greyson menyatakan dia memuji masyarakat di negara ini yang disifatkannya sangat peramah.
“Apa yang saya tahu di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan yang sangat sedap. Antara makanan yang paling saya gemar ialah nasi lemak. Selain itu, saya juga suka minum air kelapa dan kalau berpeluang untuk kembali semula membuat persembahan di sini, pastinya nasi lemak dan air kelapa tidak akan saya lepaskan lagi," ujarnya yang cukup gembira kerana mempunyai banyak peminat di Malaysia.

Selepas ini Greyson akan menjelajah pula ke beberapa buah negara lain seperti Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Jepun sebelum kembali ke Amerika Syarikat.
“Buat masa ini saya lebih gemar mengadakan konsert kerana ia merupakan salah satu cara untuk saya mendekatkan diri dengan para peminat dan penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya,” ujarnya mengakhiri bicara.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters