GAMBAR menunjukkan galaksi Sombrero yang dirakamkan teleskop angkasa lepas Spitzer.
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Teleskop angkasa lepas Spitzer
milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah
merakamkan imej Galaksi Sombrero.
Gambar itu telah didedahkan NASA kelmarin.
Galaksi berkenaan dinamakan demikian kerana ia menyerupai topi Sombrero yang sering dipakai oleh penduduk Mexico.
Menurut NASA, Sombrero sebenarnya merupakan dua buah galaksi dan imej
sebelum ini menunjukkan ia berbentuk rata seperti cakera. - Reuters
No comments:
Post a Comment