KOTA BHARU - Siasatan polis berhubung kes kematian seorang gadis
tomboi, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi (gambar) yang mayatnya ditemui
dibakar bersama motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit di Jeram
Tekoh, Gua Musang minggu lalu percaya mangsa turut dirogol sebelum
dibunuh.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung
perkara tersebut dengan menyoal siasat sembilan suspek termasuk dua
wanita yang ditahan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan itu.
Kesemua mereka merupakan rakan-rakan Nor Ain Shafnie, 16, dan kebanyakan mereka adalah penagih dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu,
pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana bimbang ia
akan mengganggu siasatan.
"Polis mengesyaki gadis berkenaan telah dirogol sebelum dibunuh dan
dibakar. Siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh dedahkan
semuanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar
Siti Khadijah dan Buluh Kubu di sini semalam.
No comments:
Post a Comment