WASHINGTON: Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney berkata, Presiden Barack Obama sepatutnya mengarahkan serangan udara serta-merta bagi memusnahkan dron Amerika Syarikat yang dikini dalam tawanan Iran.
“Tindak balas yang betul ialah menyerang dan memusnahkannya,” kata Cheney dalam wawancara dengan CNN, semalam. “Anda boleh melakukannya dari udara. Anda boleh melakukannya dengan serangan udara yang pantas.
“Ia tidak akan memungkinkan mereka meraih faedah daripada penawanan pesawat itu,” katanya.
Cheney yang terkenal dengan sikap agresifnya berhubung dasar luar dan pengkritik Obama berkata, Presiden Amerika Syarikat itu telah diberikan tiga pilihan untuk bertindak tetapi menolak semuanya.
Cheney bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut tawaran yang diberikan kepada Obama itu.
“Ia semua membabitkan penghantaran seseorang untuk cuba merampas kembali pesawat itu.
“Tetapi Obama memilih untuk memintanya kembali dengan baik,” kata Cheney. - AFP
No comments:
Post a Comment