Jom Buat Duit

Monday 14 May 2012

Miss World Fiji 2012 dilucut Gelaran


WELLINGTON: Ratu cantik Fiji, Torika Watters yang menjadi sasaran kritikan bersifat perkauman kerana rupa parasnya dilucut gelarannya semalam.
Dia kini digantikan dengan peserta lain untuk mewakili Fiji dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia.

Penganjur berkata, pertukaran itu dilakukan kerana usia Torika yang baru 16 tahun, bukan kerana rungutan dia yang mempunyai darah kacukan Eropah dan Fiji tidak kelihatan seperti orang Fiji.
Torika dipilih bulan lalu, mengalahkan peserta penduduk asli Fiji oleh panel hakim termasuk supermodel New Zealand, Rachel Hunter, bekas isteri Rod Steward dan beberapa hakim bukan warga Fiji.

Keputusan itu menyebabkan laman Facebook Miss World itu dihujani kritikan yang menyuarakan wakil Fiji mesti mempunyai ‘buiniga,’ perkataan tempatan untuk rambut kerinting orang Fiji.

Beratus-ratus kritikan terpaksa dipadamkan dan jurucakap pertandingan berkata di Facebook, tiada “kritikan membina cuma kritikan negatif daripada penduduk Fiji mengenai pemilihan Torika.” Penganjur Andhy Blake berkata Torika tidak memenuhi kriteria Pertandingan Ratu Cantik dunia kerana peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 17 tahun.

Dia digantikan oleh Koini Vakalolomam 24, pemenang tempat kedua. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters