Jom Buat Duit

Wednesday 4 April 2012

Soseh Soseh: Produser goda aktor berbogel


BEKERJA dalam industri hiburan ini membuatkan SS pun sudah ada kemahiran iaitu buat muka bodoh walaupun dalam hati terkejut badak.
Memang ada kalanya SS nak tergelak tapi kebiasaannya SS mengucap dalam hati saja kalau mendengar kisah disampaikan mengenai perangai dan perihal sesetengah artis.

Tapi untuk diceritakan kepada peminat, tak semua akan percaya kerana apa berlaku ada di luar imaginasi manusia waras berfikir.

Contohnya yang terbaru, SS terdengar satu kisah diceritakan seorang kawan lama di sebuah stesen TV mengenai seorang pelakon baru yang datang mengadu.


Pelakon baru yang kacak itu memang rapat dengan kawan SS tadi memandangkan mereka pernah terbabit dengan aktiviti luar studio bersama dulu.

Mungkin tiada kawan rapat atau sesiapa boleh dipercayai, lantas dia menceritakan nasibnya kepada kawan SS itu.

Dakwa pelakon tadi, dia melalui pengalaman seram sejuk ketika menerima tawaran daripada seorang produser, baru-baru ini.

Memang rugi bunyinya maklumlah pelakon itu sudah lama mengimpikan untuk muncul dalam drama bersiri.

Korek punya korek sebab dia menolak tawaran itu, rupa-rupanya pelakon itu berkata dia dipaksa untuk melakukan perkara tak senonoh oleh produser penerbit drama itu. Lebih mengerikan, produser terkenal itu adalah seorang lelaki!

SS diberitahu yang pelakon tadi awalnya diminta hadir ke satu sesi uji bakat di kawasan tertutup di rumah produser berjiwa lembut itu.

Mulanya produser itu cakap akan ada lagi pelakon lain dan beberapa tenaga produksi bersamanya namun sebaik tiba di rumahnya yang terletak di kawasan di puncak sebuah bukit, pelakon tadi terkejut kerana hanya dia seorang saja di situ.

Belum sempat pelakon itu membacakan skrip, tiba-tiba produser separuh usia itu meminta agar pelakon tadi membukakan baju, kononnya ingin melihat tubuh badannya bagi kesesuaian watak yang ditawarkan.

Lepas bajunya dibuka, produser tadi tanpa segan silu menyentuh tubuh pelakon kacak itu dan mula menggoda dan seterusnya meminta kebenaran untuknya terus meraba ke bahagian lebih sulit.

SS bagaimanapun ingin memberikan trofi ‘keberanian’ kepada pelakon baru itu kerana sebaik sedar dirinya mula diraba, dia terus angkat kaki dari rumah itu.
Serentak itu, soal skrip, tawaran dan peluang berlakon dengan produksi itu sudah tidak lagi difikirkan lagi.

Terbuktilah tak semua orang boleh dibeli dengan wang ringgit. SS dah banyak dengar cerita tak elok mengenai produser lelaki tidak sedar diri itu yang suka sangat mengambil pelakon kacak berlakon sirinya. Awas dan ingatlah pepatah tupai.


SS: Hanya meraba dalam gelap cari pemetik api apabila bekalan elektrik terputus.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters