Jom Buat Duit

Wednesday 4 April 2012

‘Pemuda’ dibenar sertai pertandingan Miss Universe


TORONTO: Selepas disingkirkan daripada pertandingan ratu cantik Miss Universe Kanada minggu lalu, kini Jenna Talackova mampu menarik nafas lega apabila penganjur mengubah keputusan.
ABC News melaporkan, Jenna dibenarkan bertanding dalam Miss Universe Kanada 2012 selepas didapati dia memenuhi syarat ditetapkan.

Pegawai kanan pertandingan itu berkata, Jenna juga didapati memenuhi syarat sama dikenakan dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.
Berusia 23 tahun Jenna disingkirkan daripada pertandingan anjuran Donald Trump itu minggu lalu apabila didapati dia lahir sebagai seorang lelaki.

Jenna dipilih daripada 65 finalis dalam pertandingan kali ini, tetapi gambar dan profilnya dibuang daripada laman sesawang rasmi penganjur apabila disingkirkan.

Penganjur berpendapat, walaupun undang-undang menyatakan peserta mesti warga Kanada berusia di antara 18 dan 27 tahun, ia tidak menyebut sebarang larangan mengenai pembedahan jantina.

Dalam temu bual dimuat naik di YouTube, Jenna berkata, dia mula mengambil terapi hormon ketika berusia 14 tahun sebelum menjalani pembedahan mengubah jantina lima tahun kemudian. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters