Jom Buat Duit

Thursday 12 April 2012

Siwon dikejar peminat


SIWON 


SALAH seorang anggota kumpulan Super Junior, Siwon telah dikejar peminat ketika tiba di lapangan terbang Shenzhen, China pada 8 April lalu. Lapangan terbang Shenzhen yang terletak bersebelahan dengan Hong Kong menyebabkan ramai peminat dari Hong Kong tiba menyambut ketibaan Siwon.
Siwon yang ditemani oleh pengurusnya tiba dengan gaya selebriti sambil melambai-lambaikan tangan ke arah ratusan peminatnya. Bagaimanapun, ketika dia dikelilingi peminat yang ingin memberi hadiah kepadanya, salah satu hadiah yang dipegang peminat telah terkena mata sebelah kirinya.

Selepas itu keadaan menjadi lebih tidak terkawal kerana Siwon dikelilingi oleh terlalu ramai peminat tanpa pengawasan yang cukup. Tidak mahu kejadian yang lebih buruk terjadi, Siwon dengan tangannya penuh memegang hadiah peminat berlari menuju ke pintu keluar tempat kenderaannya sedang menunggu.
Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang melihat bintang pujaan mereka dari dekat turut berlari mengejarnya sehingga ke pintu keluar. Meskipun terkejut dengan kegilaan peminatnya, Siwon tetap tersenyum dan melayan peminat yang ingin mendapatkan tandatangannya ketika dia tiba di kenderaannya.

Sebelum kejadian itu, Siwon terlebih dahulu berkongsi gambarnya yang telah disunting menjadi gemuk dan dimuat naik ke akaun Twitter miliknya. Siwon turut menulis: "Apabila saya tidak boleh menyanyi, bila saya hilang segalanya, bila populariti saya jatuh dan apabila saya menjadi gemuk, anda akan selalu sayang saya kerana diri saya bukan?"
Persoalan itu dijawab oleh peminatnya yang meluahkan sokongan mereka terhadap Siwon meskipun rupanya berubah pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters