Jom Buat Duit

Friday 6 April 2012

Siasat sindiket pelacur Arab


PUTRAJAYA: Polis masih meneruskan siasatan isu sindiket pelacuran yang didakwa menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kes itu disiasat secara terperinci oleh polis dan pihaknya tidak boleh memberikan sebarang komen dalam masa terdekat kerana bimbang ia bakal menjejaskan siasatan.

“Kami masih dalam proses mengumpul bukti lengkap, bukan senang nak siasat perkara ini. Beri kami masa dahulu untuk menyiasat bagi memastikan perkara ini betul dan sahih.
“Tambahan pula, sindiket ini membabitkan individu serta warganegara dari negara lain yang menggunakan pas lawatan ke Malaysia,” katanya. Harian Metro, Sabtu lalu melaporkan kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi itu dikelaskan sebagai pelayan gred 1 berikutan memiliki pakej lengkap dengan rupa paras, bulu mata lentik dan bertubuh langsing persis artis Barat.

Mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan untuk menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters