Jom Buat Duit

Friday 6 April 2012

Kepala nenek dihentak besi


KODIANG: Seorang warga emas bukan saja kehilangan barang kemas bernilai RM3,000, malah menerima 15 jahitan pada dahi akibat dipukul dengan benda keras dipercayai besi dalam kejadian samun di Kampung Meribut, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa, Ku Timah Ku Ibrahim, 74, yang tinggal seorang diri tidur di atas kerusi malas di ruang tamu rumah tanpa menyedari seorang lelaki memasuki kediamannya.

Katanya, dia terkejut apabila tiba-tiba berasa lehernya dicekik dan cuba menjerit meminta pertolongan, namun tidak berupaya kerana tiada suara.
“Saya tidak sempat bertindak, malah tidak melawan ketika suspek mencekik leher dan cuba merampas gelang tangan emas bernilai RM3,000 pada tangan kiri.

“Mungkin dia terkejut apabila saya cuba menjerit, lantas menghentak sesuatu dipercayai benda keras di kepala hingga saya pening, tetapi masih tidak sedar darah sudah mengalir keluar dari dahi,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Bimbang dengan keselamatannya, Ku Timah membuat laporan di Balai Polis Kodiang sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters