Jom Buat Duit

Sunday, 8 April 2012

Lee Min Ho dan Park Min Young rujuk

PEMINAT berasakan Lee Min Ho dan Park Min Young kembali berpacaran selepas ada khabar angin mengatakan kedua-dua selebriti itu sering bertemu.
Menurut sumber yang kenal mereka, kedua-dua selebriti itu masih berhubung melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Malah, kedua-duanya dikatakan sering bertemu berhampiran rumah mereka.

Kebarangkalian mereka kembali berpacaran selepas putus hampir dua bulan lalu mendapat perhatian ramai.
Kedua-dua selebriti itu mula diperkatakan selepas penggambaran drama City Hunter pada Julai tahun lalu dan berpisah cara baik penghujung tahun sama.

Mereka turut mengumumkan perpisahan mereka pada Januari lalu dan mengatakan kini hanya berkawan.

Bagaimanapun, khabar angin mereka kembali bersama semakin kencang apabila pada 3 April lalu, sumber yang rapat dengan mereka mendedahkan kisah terbaru mereka.

“Mereka rasa terbeban untuk bertemu di tempat yang pernah mereka pergi kerana kehadiran peminat. Daripada situasi berpisah sebagai kekasih, mereka memilih untuk situasi lebih kasual di mana tidak ada beban,” kata sumber itu.

Pertemuan kerap mereka tidak diketahui rakan baik mereka. Seorang aktor yang pernah berlakon bersama Park berkata, kedua-dua mereka seolah-olah mempunyai perasaan kuat antara satu sama lain.
“Walaupun tidak tahu keadaan sebenar, saya pasti mereka masih menjalin hubungan baik,” kata aktor itu.

Seorang lagi sumber berkata, selama berpisah sejak Januari lalu, mereka sering bergaduh, merajuk dan memerlukan satu sama lain seperti pasangan bercinta lain.

Dalam pada itu, wakil agensi Park berkata, khabar angin itu tidak betul, tapi kedua-dua mereka masih berkawan.

“Daripada apa yang kami tahu, mereka berada dalam lingkungan sama, jadi mereka tidak dapat sering berhubung.

“Mungkin kerana rumah mereka berdekatan antara satu sama lain, khabar angin itu tersebar,” kata wakil agensi itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters