Jom Buat Duit

Tuesday, 3 April 2012

Justin Bieber Mara dengan Boyfriend


BINTANG pop remaja berwajah keanak-anakan Justin Drew Bieber, 18, kini tampil dengan single terbaru bertajuk Boyfriend dan turut berduet bersama Mike Posner bagi memberi kelainan menerusi album terbarunya nanti, Believe yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat.

Menerusi Boyfriend pendengar boleh membuat perbezaan yang lagu itu bakal mengubah persepsi masyarakat yang selama ini mengatakan Bieber hanya ‘menjual’ muka dan gaya rambut perangnya semata-mata dan bukannya bakat.


Namun sudah lumrah ketika saat ada yang menyukai dan menyanjungnya, Bieber tidak lepas menjadi mangsa mereka yang membenci. Buktinya menerusi laman sosial facebook diwujudkan akaun I Hate Justin Bieber.

Kini suara Bieber cukup matang dan dewasa sehingga pada peringkat awal ramai yang tidak menyangka lagu Boyfriend dinyanyikan olehnya namun selepas mendapat kepastian dengan melihat sendiri rakaman video ketika dia merakamkan lagu ini, barulah orang ramai mula mempercayainya.

Sesuai dengan dirinya yang semakin dewasa album Believe dilihat akan mengubah muzik pop yang selama ini menjadi perintis utama dalam setiap pembikinan album Bieber yang terdahulu kerana terdapat beberapa elemen baru yang dimasukkan.

Walaupun sebelum ini, peminat sudah biasa dialunkan dengan lagu ‘ala budak-budak’ dari Bieber, mereka harus menerima perubahan vokal dan suaranya sejajar usianya.

Baru saja menyambut kelahiran yang ke-18, Bieber menerima kereta mewah jenis Frisker Karma 2012 yang mempunyai panel solar di bahagian bumbung daripada pengurusnya, Scooter Braun, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Bieber kepada Usher pada 2008.

Mula menjadi sebutan ramai apabila rakaman video nyanyiannya di YouTube mendapat perhatian di seluruh dunia, Scooter dan Usher tidak teragak-agak melamar Bieber dengan menanda tangani perjanjian syarikat rakaman Taymond Braun Media Group pada tahun sama.

Bakat yang dimiliki anak didik Usher itu tidak boleh dinafikan kerana dia juga boleh bermain alat muzik seperti dram dan gitar, malah Bieber juga boleh menulis lirik dan berlakon kerana dia pernah muncul dalam beberapa siri televisyen, antaranya CSI.

Fenomena yang dicetuskan Bieber nyata memberi impak kepada dunia seni apabila dia turut menjadi mangsa gosip liar oleh mereka yang cemburu dengan kejayaan yang dimilikinya.

Walaupun begitu penyanyi berasal dari Kanada itu tetap kental meneruskan perjuangan sebagai anak seni lebih-lebih lagi apabila dia disokong peminat fanatiknya yang diberi gelaran Beliebers.

Oleh itu tidak hairanlah jika di laman twitter saja Bieber mempunyai hampir sembilan juta pengikut manakala pada Fan Page Fecebook pula seramai 25.5 juta orang menyukainya.

Malah akhbar The Observer terbitan United Kingdom juga melaporkan populariti Bieber dalam rangkaian sosial lebih berpengaruh berbanding Barack Obama dan Dalai Lama.

Bintang yang sedang menyulam kasih dengan pelakon dan penyanyi jelita Selena Gomez itu juga pernah dinamakan sebagai orang yang paling banyak dicari menerusi sistem carian internet Bing tahun lalu.

Selain daripada kejayaan nyanyiannya, filem 3D Never Say Never dijadikan modal untuk terus mendekatkan dirinya dengan peminat apabila ia digarap dalam bentuk dokumentari yang memuatkan rakaman persembahannya ketika siri konsert My World Tour termasuk Malaysia.

Paling menarik perhatian apabila ia turut memuatkan visual artis itu menyanyi dan bermain alat muzik pada zaman kanak-kanak yang dirakamkan oleh ahli keluarganya.

Antara lagu yang popularnya adalah Baby, Never Say Never, U Smile, Never Let You Go, Eenie Meenie, Somebody To Love, Pray, dan Love Me.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters