Jom Buat Duit

Sunday, 8 April 2012

Dira disiasat polis




DIRA mohon maaf dan minta situasinya difahami kerana enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan menyerang dan mencederakan seorang wanita di sebuah kelab hiburan, minggu lalu. 

HAMPIR seminggu nama pelakon serta pengacara popular, Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.

Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.
Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.

Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.

Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.
"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.
"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada Sensasi Bintang.
Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.
Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.
"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, Melodi," jelas Aminuddin kepada Sensasi Bintang.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters