Jom Buat Duit

Wednesday, 4 April 2012

Dewi Persik bangga masih dara


JAKARTA: Penyanyi dangdut, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai Depe, sering dikaitkan dengan berita sensasi.
Hampir setiap tindak-tanduknya mencetuskan kontroversi. Walaupun begitu, Depe mengaku amat menjaga keperawanannya kerana baginya ia sesuatu yang suci.

“Saya bangga dapat memberikan keperawanan kepada suami. Itu bermakna saya mentaati ajaran agama,” katanya kepada detikhot, semalam.
Depe sebelum ini memang sudah bergelar janda selepas bercerai dengan Saipul Jamil. Selepas perceraian itu, ada khabar angin mengatakan dia berkahwin dengan kekasihnya, Jusuf Ferry Dzaatz.

Bagaimanapun, Depe menafikan dakwaan itu. Belum pun berita mengenai perkahwinan itu reda, Depe mengaku pula menikah dengan Aldi Taher pada Julai 2008. Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila dia kembali menyandang status janda pada November 2009. Sebelum ini, Depe dilaporkan melakukan pembedahan dara. Dia mengaku tidak peduli dengan kontroversi yang timbul ekoran berita sensasi yang dikaitkan dengan dirinya.

Apa yang penting buat penyanyi dangdut itu yang digelar Goyang Gergaji ialah menjaga keperawanannya.

“Memelihara keperawanan itu bererti menjaga akhlak yang suci dan kesempurnaan iman,” kata Depe. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters