NAMA pelakon, pengacara dan penyanyi, Roslan Shah tidak pernah surut daripada kontroversi.
Bagaikan tiada kesudahan cerita panas yang melanda karier anak kelahiran Singapura ini, kini timbul pula cerita baru yang mengatakan kononnya dia meneguk bir di khalayak ramai.
Dalam entri tersebut, penulis blog mendakwa, seorang pengadu memberitahu ternampak Roslan keluar daripada kedai serbaneka di Jalan Genting Klang menuju ke kedai mamak yang berhampiran dengan membawa beg plastik yang mengandungi beberapa botol bir.
Meskipun entri yang dihantar dalam sebuah laman blog itu telah disiarkan sejak 11 Mac tahun lalu, namun Roslan yang baru sahaja mengetahui dakwaan tersebut pada dua minggu lalu merasakan wajar untuknya tampil bagi membersihkan nama.
Terkejut dengan cerita palsu tersebut, Roslan berkata, dia hanya mengetahui hal itu daripada peminat dan sepupunya yang baru-baru ini bertanyakan kesahihan cerita itu.
“Saya baru mendapat tahu mengenai artikel ini pada dua minggu lalu apabila peminat dan sepupu bertanyakan kesahihan berita tersebut.
“Sejujurnya, saya begitu terkilan dengan penyebaran berita ini kerana ia sama sekali tidak benar. Pada saya artikel sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai anak seni.
“Seumur hidup, saya tidak pernah menyentuh minuman seperti itu (arak). Jadi, saya tidak tahu motif sebenar si penulis membuat cerita sebegini.
Saya rasa wajar untuk saya tampil bagi membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, malam kelmarin.
Sedia maafkan, tapi …
Menganggap cerita kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini menjadikan si penulis mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi dirinya, Roslan mengakui kecewa dengan tindakan penulis tersebut yang hanya menyiarkan cerita tanpa mengetahui kesahihan.
Malah, menurutnya, jika dibiarkan sahaja hal tersebut tanpa sebarang tindakan, pasti perkara itu akan berlarutan.
Bagaimanapun, penghibur yang dikatakan Sudirman Singapura ini tidak mahu bertindak menyaman blogger tersebut sebaliknya mahu menyelesaikan masalah itu secara baik.
“Pada bulan Ramadan ini, saya tak mahu perkara ini berlarutan biarpun ada di kalangan rakan artis yang menasihati saya untuk membuat laporan polis.
“Buat masa ini, saya mahu memberi laluan dengan memaafkan si penulis. Namun, dia mesti bertanggungjawab atas tindakannya dengan memadamkan artikel tersebut daripada blognya.
“Jika selepas habis bulan puasa ini dia masih lagi tidak memadamkan artikel tersebut, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lain (saman),” katanya yang khuatir berita tersebut turut mengundang kesan kepada ibunya yang kini terlantar sakit.
Sinar

No comments:
Post a Comment