Jom Buat Duit

Thursday 9 August 2012

Jins Shamsuddin Makin Lemah Ingatan

Sebuah portal berita melaporkan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin semakin lemah sehingga sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang datang melawatnya.

"Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling," ujar Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli ketika menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini, pada Rabu.

Difahamkan, walaupun ingatannya semakin lemah tetapi memori mengenai industri perfileman negara tetap tidak luntur. Malah Jins dikatakan masih ingin berkhidmat dalam industri seni dan bekerja seperti biasa.

Antara rakan seperjuangan yang hadir dalam program ziarah ini ialah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.

MH Online mengharapkan agar Jins Shamsuddin dapat terus memeriahkan industri seni negara kerana pengalaman dan ketokohan yang dimilikinya mampu mengangkat perfileman negara ke tahap yang lebih tinggi.

Mediahiburan

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters