Jom Buat Duit

Thursday 9 August 2012

Tindakan tegas terhadap paderi gay

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu tindakan berani dan tegas diambil terhadap paderi gay, Ngeo Boon Lin yang dilaporkan mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di negara ini.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim) berkata, perbuatan itu adalah penghinaan bukan sahaja kepada negara dan agama Islam, malah terhadap agama lain yang menentang perkahwinan sejenis.

“Mereka nampaknya mencabar undang-undang dan nilai hidup negara kita, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, jadi saya berharap kerajaan membawa perkara ini ke muka keadilan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Parcel Dua (pakej dua) di Taman Rumpun Bahagia di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ong Siew Heng. Mohd Ali turut menyeru rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik agar bersatu mengecam perbuatan yang hina dan memalukan itu.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, projek pengindahan Sungai Melaka pakej dua kira-kira 1.3 kilometer dari Jambatan Tun Razak hingga ke Jambatan Melaka Sentral yang membabitkan kos berjumlah RM37 juta itu telah bermula pada 4 Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Jun 2014.

Beliau berkata, kerja menaik taraf sungai itu melibatkan pembinaan perlindungan tebing, laluan pejalan kaki, pusat informasi sungai, pengindahan landskap dan pembinaan loji rawatan air berpusat serta perangkap sampah.

Menurutnya, pihaknya akan mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada pemilik rumah yang terlibat dalam projek berkenaan sekiranya perlu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters