Jom Buat Duit

Thursday 9 August 2012

Pandelela mara ke separuh akhir

LONDON: Pandelela Rinong menghidupkan kembali harapan untuk menyaksikan Malaysia mungkin pulang dengan satu lagi pingat apabila mara ke separuh akhir acara terjun 10m platform individu wanita, awal pagi tadi.

Dia yang mengumpul 349.00 mata daripada keseluruhan lima terjunan di pusingan pertama menduduki tempat kedua di belakang peserta China, Chen Ruolin yang mempunyai 392.35 mata.

JIka tidak kerana kesilapan ketika melakaukan terjunan ketiga yang memberikannya hanya 52.80 mata, Pandelela mungkin berupaya mendekatkan dirinya lebih hampir dengan Chen Ruolin dan selesa mendahului peserta yang menduduki tempat ketiga, Christin Steuer dari Jerman yang mencatat 341.75 mata.

JIka Pandelela yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010 dapat mengekalkan prestasinya di separuh akhir dan akhir, dia mungkin memenangi perak kerana penerjun China itu bagaikan sukar untuk digugat.
Kalau itu berlaku, pingat Pandelela itu akan memberikan perak kedua buat Malaysia selepas Lee Chong Wei meraihnya dalam acara badminton ketika tumpas kepada Lin Dan dari China.

Pandelela akan memulakan aksi separuh akhir pada jam 5 petang ini (waktu Malaysia) dan jika melepasi cabaran itu akan turun sekali lagi beraksi di final pada jam 2 pagi esok.

Seorang lagi penerjun negara, Traisy Vivien Tukiet, bagaimanapun, gagal meletakkan dirinya dalam kelompok 18 peserta mara ke separuh akhir apabila menduduki tempat ke-22 selepas mengumpul 285 mata.

Sebelum ini, Pandelela gagal menyerlah dalam dua acara – 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama ketika berpasangan dengan Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee. Mereka menduduki tempat ke-7 dan ke-8 dalam kedua-dua acara itu.

Kelmarin, Yeoh Ken Nee mencipta sejarah apabila amenjadi penerjun pertama negara beraksi di final 3m papan anjal lelaki. Dia bagaimanapun menduduki tempat ke-10 daripada 12 peserta.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters