Jom Buat Duit

Thursday, 9 August 2012

Kepala botak William dikritik Bieber

LONDON: Bintang pop remaja, Justin Bieber semalam mengkritik kepala Putera William yang semakin botak dengan berkata, dia tidak tahu mengapa pewaris takhta Britain itu tidak bertindak untuk menyekat rambutnya daripada terus gugur.
Penyanyi popular yang berasal dari Kanada itu bernasib baik kerana dikurniakan rambut yang lebat. Bieber, 18, bagaimanapun berkata, dia akan mencari jalan untuk mencegahnya jika rambutnya mula gugur.

Ketika ditanya mengenai rambut bakal raja berusia 30 tahun itu pada wawancara dengan sebuah majalah, dia menjawab: “Ada cara untuk menghalangnya gugur pada masa ini, seperti Propecia.
“Saya tidak faham mengapa beliau tidak mendapatkan produk seperti itu. Anda hanya perlu megambil Propecia dan rambut anda akan tumbuh semula. Adakah anda mempunyainya di sini?” Kenyataan Bieber itu sudah pasti mencetuskan kemarahan peminat William. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters