Jom Buat Duit

Thursday 9 August 2012

Yeoh Ken Nee - ‘Selamat tinggal dunia terjun’

SELEPAS 19 tahun berkecimpung dalam sukan terjun, Yeoh Ken Nee akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada acara kegemarannya itu dengan perasaan bangga.
Pencapaiannya mara ke final 3m papan anjal indidvidu itu bagi meletakkan dirinya dalam kelompok 10 penerjun tebaik dunia dianggap sebagai penutup tirai terbaik buatnya sebelum mengundur diri.

“Saya ingin cuba membuat benda lain selain daripada menjadi atlet selepas ini. Mungkin ini masa terbaik untuk berundur kerana saya berada di kemuncak,” katanya yang mula terbabit dengan sukan itu sejak berusia 10 tahun.
Dia yang beraksi di dua Olimpik – Sydney 2000 dan London 2012 – mencatat sejarah sebagai penerjun pertama negara beraksi di final semalam.

Ken Nee menduduki tempat ke-10 dengan mengumpul 437.45 mata keseluruhan daripada enam terjunan di Pusat Akuatik.

“Sudah tentu saya rasa gembira kerana pencapaian saya itu kerana saya tidak diberikan sebarang harapan untuk pergi jauh dalam acara individu,” katanya yang memberitahu sandaran lebih diletakkan kepada gandingannya bersama Qiang Huang dalam acara 3m papan anjal seirama.
“Tapi, tanpa perhatian itu memudahkan saya beraksi tanpa tekanan. Jurulatih juga memberitahu supaya tidak terlalu menekan diri saya kecuali memberikan yang terbaik dalam setiap terjunan,” katanya.

Pingat emas menjadi milik penerjun Russia, Ilya Zakharov manakala perak dan gangsa dikuasai penerjun China, Kai Qin dan Chong He.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters