Jom Buat Duit

Saturday 11 August 2012

Khabar angin Jolie berkahwin di Perancis



Jolie dan Pitt.

CORRENS - Sejumlah jurufoto dan wartawan kelmarin bergegas ke rumah pasangan pelakon terkenal, Brad Pitt dan Angelina Jolie di selatan Perancis ekoran khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

Namun, beberapa pegawai tempatan menyatakan, mereka tidak mengetahui akan terdapat majlis perkahwinan di kawasan tersebut.
Sebuah akhbar tempatan, Var Matin menafikan laporan sebuah stesen televisyen France 3 yang melaporkan perkahwinan itu akan diadakan pada hari ini.
Bagaimanapun, tahap keselamatan kediaman mewah abad ke-17 di Chateau Miraval yang dibeli Pitt dan Jolie sejak tahun 2008 telah diperketatkan.
Menurut laporan wartawan agensi berita Reuters, tiada persediaan besar-besaran dilihat di kawasan tersebut.

Timbalan Setiausaha Kebudayaan di kampung Correns, Patrick Mareschi berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan itu.
"Di bawah undang-undang Perancis, pasangan mesti melangsungkan perkahwinan di dewan perbandaran. Pasangan tidak boleh melangsungkan upacara sivil di rumah mereka" kata Mareschi.
Pitt, 48, dan Jolie, 36, berkenalan di set penggambaran filem Mr. and Mrs. Smith pada tahun 2006.
Sejak Pitt dan Jolie mengumumkan pertunangan mereka pada awal tahun ini, khabar angin bertiup kencang bahawa pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan di rumah tersebut yang bernilai AS$60 juta (RM187 juta).
Pasangan itu memelihara enam anak termasuk tiga anak angkat. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters