Britain - Seorang wanita berketurunan Sikh sering dibuli di sekolahnya kerana wajahnya yang berjanggut, lapor akhbar MailOnline semalam.
Semasa bersekolah, wanita berkenaan, Harnaam Kaur digelar "wanita
lelaki" kerana dia berpakaian seperti lelaki untuk menutup bulu pada
dada dan tangannya.
"Saya tidak mahu keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan ejekan
orang ramai. Saya berkurung di dalam bilik dan berasa tidak mahu hidup
lagi," katanya.
Wajah Harnaam mula ditumbuhi janggut ketika dia berusia 11 tahun
disebabkan sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai sindrom ovari polisistik.
Dia sebelum ini kerap bercukur dan menyapu krim pemutih untuk meredakan sindrom tersebut.
Namun, apabila memasuki usia 16 tahun, Harnaam mula membiarkan
janggut pada mukanya kerana agama Sikh tidak membenarkan penganutnya
membuang rambut dan bulu badan.
"Saya tidak akan membuang rambut pada muka lagi kerana ia adalah cara
Tuhan membuatkan saya dan saya gembira dengan keadaan saya sekarang,"
jelasnya. - Agensi.
No comments:
Post a Comment