SETIAP pasangan yang berkahwin, pasti tidak pernah mengimpikan
perkahwinan yang di bina, lebih-lebih lagi atas dasar cinta akan
berakhir dengan penceraian.
Dan mungkin itu jugalah yang dirasai oleh Primadona Filem Malaysia,
Erra Fazira, 40 yang telah sah bercerai dengan Engku Emran Engku Zainal
Abidil, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kelmarin.
Apatah lagi, perkahwinan Erra bersama Emran merupakan perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan Yusry Abdul Halim pada 2006.
Menerusi akaun Facebook miliknya, Erra tampak pasrah dan meninggalkan komen ringkas mengenai penceraiannya itu.
"Jodoh, ajal, maut di tangan ALLAH. Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Amin"
Pelakon yang terkenal menerusi filem Sembilu itu diwakili oleh peguam,
Ahmad Nazib Johari, memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan
anak pada 17 Februari 2013.
Ketika prosiding, Erra dan Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka dikurniakan seorang
anak perempuan, Engku Aleesya, lima tahun yang kini hak jagaan diberikan
kepada Emran.
No comments:
Post a Comment