SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan
pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.
Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum
al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun
Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.
"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang
mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti
kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail
Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq
dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial
tersebut.
No comments:
Post a Comment