Tahniah diucapkan kepada pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay yang
telah disahkan hamil dua bulan hasil perkongsian hidup bersama suaminya,
Fathudin Mazlan.
Pengesahan berita gembira ini dilakukan selepas satu ruangan gosip di
sebuah akhbar yang menulis mengenai dirinya yang sudah berbadan dua.
"Saya mengetahuinya sejak sebulan lalu setelah mendapati diri tidak
datang bulan dalam tempoh yang lama. Kemudian, saya membuat temu janji
dengan doktor dan ketika pemeriksaan dijalankan, saya disahkan
mengandung.
"Ketika itu perasaan saya memang amat sukar untuk digambarkan kerana
terlalu gembira apabila bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Lagipun itu
yang sangat dinantikan oleh saya dan suami," ujar Liyana yang dipetik
daripada sebuah akhbar.
Liyana dan Fathudin telah sah menjadi suami isteri pada 2 Februari lalu.
No comments:
Post a Comment