Tanggal 25 Oktober menjadi saksi penyatuan pasangan Nurdiyana Amir
Hashim atau Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman,
26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam ini.
Tepat jam 9.30 malam dengan sekali lafaz, pelakon 7 Petala Cinta ini
sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Merbok.
Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.
Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih
manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka
terkenal, Ezuwan Ismail.
Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.
Hadir sama pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Metrowealth
International Group (MIG), Mejar (K) David Teo, Heliza, Yatt Hamzah dan
Irma Hasmie.
No comments:
Post a Comment