Jom Buat Duit

Friday, 8 February 2013

Gurau 'Orang Utan' Donald Trump saman Bill Maher RM15 juta

LOS ANGLES - Jutawan hartanah, Donald Trump memfailkan saman RM15 juta terhadap pelawak, Bill Maher gara-gara gurauan mendakwa beliau 'Orang Utan'.

Maher berlawak akan menyumbangkan RM15 juta untuk tujuan amal jika Trump dapat membuktikan bahawa dirinya bukan hasil hubungan dengan Orang Utan.

“Saya tidak mengatakan ia benar,” kata Maher kepada Jay Leno dalam program The Tonight Show, bulan lalu.

“Saya harap ia tidak benar melainkan dia menunjukkan bukti... saya bersedia menawarkan RM15 juta kepada Donald Trump supaya dia boleh mendermakan wang tersebut untuk tujuan kebajikan," katanya.

Trump memfailkan saman itu di Los Angeles, Isnin lalu.

Surat bertarikh 8 Januari kepada Maher turut termasuk dalam dokumen tuntutan, menerima RM15 juta cabaran kebajikan itu dan salinan sijil kelahiran Trump yang menamakan Fred Trump sebagai ayahnya, bukan Orang Utan.

Maher kelihatan tidak bimbang terhadap perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters