KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
mengambil cuti tiga bulan daripada aktiviti seni bermula bulan lalu
hingga Mac untuk memberi perhatian terhadap Datuk Seri Khalid Mohamad
Jiwa selepas suaminya itu terbabit dalam kemalangan motosikal di New
Zealand pada Disember tahun lalu.
Menurutnya, keadaan Khalid, 53, atau lebih mesra dengan panggilan
Datuk K semakin pulih tetapi perlu menghadiri lebih banyak sesi
fisioterapi di hospital.
"Alhamdulillah, proses rawatan berjalan lancar dan lebih menumpukan
pada bahagian tangan. Sebagai isteri, saya perlu berada di sampingnya
untuk membantu menguruskan kehidupan seharian seperti mandi dan makan,"
katanya pada sidang akhbar sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale
Chulan di sini semalam.
Tambahnya, pengalaman menjaga suami semasa sakit menyedarkan beliau betapa sukarnya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
No comments:
Post a Comment