HUBUNGAN Raffi Ahmad dan Yuni Shara memang sudah bukan sebagai pasangan bercinta sejak akhir tahun lalu. Ada yang mendakwa mereka berpisah kerana Yuni tidak tahan dengan sikap kurang matang Raffi dan sifat borosnya. Bagaimanapun, hanya Yuni dan Raffi yang mengetahui punca sebenar percintaan mereka gagal.
Biarpun sudah tidak bersama, Raffi nampaknya seperti sedang berusaha keras untuk memenangi hati Yuni semula.
Hal itu jelas terbukti apabila Raffi memberi satu kenyataan yang berbunyi: “Hidup saya sekarang adalah dengan niat untuk mendampingi perempuan yang bernama Yuni.”
Saat diajukan tentang kenyataan tersebut kepada Yuni, kakak kepada Kris Dayanti itu hanya ketawa.
Dia kemudian menjawab: “Itu adalah usaha Raffi supaya dapat bernikah dengan saya.”
Jadi adakah Yuni akan kembali menerima cinta Raffi? Yuni tidak memberi sebarang jawapan kepada persoalan tersebut.
No comments:
Post a Comment