Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas
dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke
Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.
PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur
Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas
pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah,
31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak,
ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd
Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham
ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di
No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara
Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati
mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita
stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.-
Bernama

No comments:
Post a Comment