Jom Buat Duit
Sunday, 12 August 2012
Skuad Belanda aibkan juara dunia
LONDON - Pasukan hoki wanita Belanda mempertahankan pingat emas Olimpik apabila menewaskan juara dunia, Argentina 2-0 pada perlawanan akhir kelmarin.
Negara kincir angin itu boleh meraikan kejayaan berganda sekiranya pasukan hoki lelaki mereka berjaya menumpaskan Jerman pada perlawanan akhir yang berlangsung lewat malam tadi.
Belanda mengambil masa yang lama untuk memecahkan benteng kebal Argentina, namun akhirnya berjaya pada lewat permainan hasil kreativiti dan kecemerlangan kapten mereka, Maartje Paumen.
Maartje sebelum ini tidak menjaringkan sebarang gol pada perlawanan pusingan awal.
Gol pertama terhasil apabila pukulan Carlien Dirkse van den Heuvel berjaya dihalang penjaga gol lawan, namun Maartje pantas menyambar bola lalu menolak masuk ke dalam gol.
Gol kedua pula terhasil daripada pukulan sudut penalti pemain itu yang gagal ditampan penjaga gol Argentina.
"Kami bermain sangat baik dan seperti beraksi di Belanda kerana ramai penyokong memakai baju berwarna oren," kata Maartje yang telah menjaringkan 14 gol sepanjang penyertaannya dalam Sukan Olimpik.
Argentina tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Silvina d' Elia terpaksa meninggalkan padang selama dua minit selepas mendapat kad hijau.
Menurut Maartje lagi, kejayaan itu amat bermakna apatah lagi Belanda pernah menewaskan Argentina pada aksi separuh akhir Sukan Olimpik Athens dan Beijing.
Terdahulu, pasukan Britain memenangi pingat gangsa selepas mengalahkan New Zealand 3-1 dan mengulangi pencapaian yang dilakukan 20 tahun lalu semasa temasya Olimpik di Barcelona. - AFP
Labels:
Olimpik London
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment