Jom Buat Duit

Sunday, 12 August 2012

Kuartet AS pecah rekod berusia 27 tahun


PELARI wanita AS (dari kiri) Allyson, Carmelita, Tianna dan Bianca meraikan kejayaan menjuarai acara 4x100 meter kelmarin.


LONDON - Kuartet pelari Amerika Syarikat (AS) memecahkan salah satu daripada rekod dunia tertua apabila memenangi pingat emas acara 4x100 meter wanita dengan catatan 40.82 saat kelmarin.
Mereka memadamkan rekod 41.37s yang dicatat pelari Jerman Barat kira-kira 27 tahun lalu untuk mengetepikan kuartet Jamaica yang mencatat 41.41s manakala Ukraine meraih gangsa, 42.04s.
Pemenang pingat perak 100m dan gangsa 200m pada temasya di London, Carmelita Jeter menjadi pelari terakhir AS ketika mereka memenangi emas acara itu kelmarin.

Carmelita, 32, yang melibatkan diri dalam acara pecut pada usia yang lewat hasil bimbingan jurulatih legenda, John Smith berkata, dia menaruh kepercayaan kepada kemampuan tiga pelari lain.
"Saya tahu mereka akan berlari sepenuh hati. Walaupun ada yang tidak yakin dan mengatakan kami mungkin menjatuhkan baton, namun kami berjaya melakukannya," katanya.
Ia adalah pingat emas kedua untuk juara 200m, Allyson Felix manakala Tianna Madison dan Bianca Knight melengkapkan kuartet AS tersebut.

"Adalah menjadi satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Ia amat menakjubkan dan nama kami tercatat dalam sejarah," kata Allyson.
Sementara itu, kuartet Bahamas menamatkan penguasaan AS selama beberapa dekad dalam acara 4x400m dengan menggondol pingat emas.

Bahamas mencatat kejayaan dramatik itu apabila pelari keempatnya, Ramon Miller memintas pelari AS, Angelo Taylor untuk mencatat masa 2:56:72s.
Ia merupakan kekalahan pertama AS dalam acara itu sejak temasya di Munich pada 1972.
Kuartet AS mencatat 2:57.05s manakala Trinidad & Tobago meraih gangsa dengan masa 2:59.40s. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters