Jom Buat Duit

Friday, 10 August 2012

Reza, Kudsia keluarga baharu Suria FM


WARGA Suria FM bergambar kenangan pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan 'keluarga' baharu mereka baru-baru ini.


KETIKA ini stesen radio Suria FM merupakan antara stesen yang semakin mendapat perhatian ramai serta berjaya memperoleh seramai 2.9 juta pendengar di seluruh Malaysia sehingga pertengahan tahun ini.

Sehubungan itu, dalam usaha untuk memberi saingan kepada stesen-stesen radio sedia ada, tenaga tulang belakang Suria FM dijangka lebih mantap apabila ia kini disertai Kudsia Kahar, Adiwati Zainuddin dan Reza Mohamed.

Dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel Western Premier Dua Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini, pihak Suria FM mengumumkan pelantikan Kudsia Kahar sebagai Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan The Star.

Suria FM serta tiga buah lagi stesen radio iaitu Capital FM, Red FM dan 988 dinaungi The Star.
Selain itu, turut diperkenalkan pada majlis tersebut ialah Adiwati selaku Ketua Bahagian Program Suria FM bagi menggantikan Subarma Mohtaruddin dan Reza yang memulakan tugas sebagai penyampai sejak 1 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah berkata, kemasukan ketiga-tiga individu tersebut dilihat mampu menaikkan lagi rating stesen berkenaan serta menarik lebih ramai pendengar.

“Sebelum ini Suria FM telah kehilangan dua orang penyampai iaitu Zizi dan Myra serta Subarma yang membawa haluan masing-masing. Tidak dinafikan mereka bertiga banyak memberi sumbangan kepada stesen ini.

“Kini dengan kemasukan tiga orang baharu iaitu Kudsia, Adiwati dan Reza kami yakin lebih banyak pembaharuan dapat dilakukan agar sasaran kami untuk menjadi stesen radio nombor satu boleh menjadi kenyataan,” ujarnya.

Nama-nama besar
Menurut Yusry, pendekatan yang digunakan oleh stesen radio berkenaan dengan mengambil nama-nama besar menjadi penyampai termasuk Nabil dan Kenchana Dewi telah memberikan impak yang besar.

Kudsia sewaktu ditemui berkata, dia perlu memikul tugas yang besar kerana bertanggungjawab mengendalikan empat stesen radio di bawah The Star iaitu Suria FM, Capital FM, Red FM dan 988.
Ujarnya, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja dan menganggap dirinya umpama kembali ke tempat asal memandangkan kariernya sebagai penyampai radio bermula di stesen Rediffusion pada awal 90-an sebelum berkhidmat dengan Radio Muzik dan Era FM.
“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Suria FM kerana konsep keceriaan yang menjadi keutamaan, termasuk barisan penyampainya sehingga ia boleh membangkitkan semangat kembali ke dunia radio.

“Kini dengan jumlah pendengar sebanyak 2.9 juta, bagi saya ia merupakan satu keajaiban buat stesen yang baharu seperti Suria FM dan tidak mustahil ia akan terus bertambah serta mampu bersaing dengan stesen radio lain,” ujarnya yang menjawat jawatan terakhir di Astro sebagai Naib Presiden
Bahagian Media baharu.
Sementara itu, Reza yang sudah memulakan tugas sebagai penyampai sejak 1 Ogos lalu menyatakan dia akan cuba menonjolkan kelainan dalam usaha untuk menambat lebih ramai pendengar.
“Selepas enam bulan berhenti menjadi penyampai radio, saya kemudian ditawarkan untuk berkhidmat dengan Suria FM. Agak lama juga saya ambil masa untuk membuat keputusan dan kemudian saya menerimanya setelah mendapat nasihat ahli keluarga serta rakan-rakan,” jelasnya.
Reza menggantikan tempat Myra dan Zizi sebagai penyampai untuk segmen Menu Ceria yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Aktiviti menarik
Sebagai sebuah stesen radio yang mesra pendengar, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang pada bulan Ramadan dan selepas Aidilfitri sehingga penghujung tahun 2012.
Menurut Yusry, sepanjang bulan puasa ini, Suria FM telah menganjurkan aktiviti bazar Ramadan serta Tol Rancak yang akan memberikan pelbagai hadiah menarik kepada pemandu di Plaza Tol Gombak, Sungai Besi dan Cheras.

“Pada hari raya, Suria FM turut mengatur sebuah program yang dipanggil Ceria Pagi Raya yang akan menampilkan beberapa pelawak yang akan ke udara pada raya pertama.
“Kemudian pada bulan Oktober ini pula, kami akan menganjurkan sebuah program realiti melibatkan pelajar-pelajar kampus yang dikenali sebagai Clash Of The Band 2012 bagi mencungkil bakat dalam bidang muzik,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters